Terdapat 1316 berita berdasarkan kata kunci carian " aliran"

Kerajaan Akan Permudah Kelulusan Rentas Sempadan, Pacu Aliran Dana - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama)  – Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing untuk menarik modal teroka asing.

Keuntungan Bank-bank Malaysia Diunjur Meningkat Pada 2025 - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mencatat keuntungan lebih besar pada 2025, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh, persekitaran kadar faedah yang stabil selain pendapatan bukan faedah, kata ahli ekonomi.

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP Cecah RM10.78 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Niaga Hadapan Emas Berlegar Dalam Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam julat kecil pada minggu depan iaitu dalam lingkungan harga semasanya, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,600-1,610 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihannya pada beberapa minggu akan datang dengan FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 minggu depan, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan.

Pengerusi Sapura Energy, CEO Kumpulan Letak Jawatan Suku Keempat Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025.

Untung Bersih Suku Ketiga Public Bank Naik Kepada RM1.91 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$117.59 Bilion Pada Akhir Oktober 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).

Maybank Asset Management Bekerjasama Dengan Fidelity International Untuk Lancar Dana Pelbagai Aset

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM Malaysia) telah melancarkan Dana MAMG Alpha Capital & Income Opportunities untuk meningkatkan kepelbagaian dan memberi pendapatan dan pertumbuhan modal.

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US pada Khamis disebabkan aktiviti dagangan yang lengang susulan permintaan berkurangan dengan ketara daripada pelabur utama menjelang cuti sambutan Hari Kesyukuran (Thanksgiving) di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.