BERITA TERKINI   Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport Unsur Nadir Bumi mentah bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan - Tengku Zafrul | Perolehan LNG dari negara lain termasuk AS adalah keputusan komersial Petronas bagi pastikan bekalan stabil, menunaikan obligasi kontrak dan negara tidak berdepan krisis tenaga -Tengku Zafrul  | Senarai perolehan di bawah perjanjian ART bukan perkara baharu tetapi cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan - Tengku Zafrul  | Susulan pemeteraian perjanjian ART, hubungan Malaysia-AS dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif, meletakkan negara dalam rakan kongsi utama terpilih AS - Tengku Zafrul | Sekiranya perjanjian ART tidak segera dimeterai, Malaysia berdepan risiko berkemungkinan kerajaan AS naikkan semula kadar tarif kepada kadar asal iaitu 24 peratus atau jauh lebih tinggi - Tengku Zafrul  | 

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP Cecah RM10.78 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pengeluaran itu melibatkan sebanyak 3.86 juta ahli atau 29.4 peratus daripada keseluruhan ahli di bawah 55 tahun, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menangani keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

“Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli, terutama ketika kecemasan.

“Secara tidak langsung, pengeluaran melalui Akaun Fleksibel ini boleh meningkatkan aliran tunai dan membantu ahli ketika keadaan mendesak,” kata MOF.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai sejauh mana keberkesanan Akaun 3 dalam membantu pencarum yang berada dalam keadaan terdesak.

-- BERNAMA