BERITA TERKINI   Konflik Asia Barat: Sabah, Sarawak akan terus nikmati diesel subsidi pada RM2.15 seliter walaupun harga melambung naik- PM Anwar | Malaysia kekal sebagai pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif meskipun dunia berdepan kemelut dan peperangan - PM Anwar | PM Anwar harap rakyat faham pengurangan kuota subsidi BUDI RON95 dibuat teliti dan berhemah | Kerajaan akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan dan ketirisan supaya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal - PM Anwar | PM Anwar ucap terima kasih kepada rakyat yang cakna lapor penipuan, penyalahgunaan subsidi petrol BUDI95 kepada agensi penguatkuasaan | 

Terdapat 11160 berita berdasarkan kata kunci carian " de"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Penurunan Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup tinggi pada Khamis susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), kata penganalisis. 

Trafik Penumpang Udara Naik 12.7 Peratus Kepada 8.7 Juta Pada Ogos 2024 - MAVCOM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lapangan terbang Malaysia memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024, pertumbuhan 12.7 peratus daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023, mencerminkan pertumbuhan kukuh yang berterusan untuk kedua-dua sektor antarabangsa dan domestik.

SSCG Optimis Catat Pertumbuhan Disokong Kos Rendah, Insentif Hijau

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Solar District Cooling Group Bhd (SDCG), penyedia sistem pengurusan bangunan (BMS), sistem haba suria dan penyelesaian penjimatan tenaga, optimis dapat mencatatkan pertumbuhan tahun ini, dipacu oleh prospek positif dan kos yang lebih rendah.

Kadar Faedah AS Turun, Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian ketara selepas pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas yang memacu sentimen pasaran serantau.

MIDA Bekerjasama Dengan MIER Kukuhkan Iklim Pelaburan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mewujudkan kerjasama strategik bagi meningkatkan iklim ekonomi dan pelaburan Malaysia melalui penyelidikan, analisis dan kerjasama yang dipacu oleh data.

Malaysia, Kemboja Lancarkan Jalinan Pembayaran QR Rentas Sempadan - BNM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR (respons pantas) rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.

Rakuten Trade Naikkan Sasaran FBM KLCI Cecah 1,780, Dahului Prestasi Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Firma pembrokeran Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras 1,780 menjelang akhir tahun ini yang juga peningkatan berbanding unjuran Julai di paras 1,730.

Skim Tanaman Semula Sawit Cecah RM45 Juta, Meliputi 6,724 Hektar - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini sejajar dengan pasaran serantau berikutan sentimen belian yang lebih baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penurunan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan.

AirAsia Rancang Perluasan Operasi Di Indonesia Timur Menerusi Laluan Baharu

Daripada Soraya Jamal

BALI, 19 Sept (Bernama) -- AirAsia merancang untuk mengembangkan rangkaiannya di Indonesia, terutamanya di Nusa Tenggara Timur, wilayah paling selatan negara tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

AirAsia, Airbus Jalin Kerjasama Bagi Penerbangan Mampan Asean

Daripada Soraya Jamal

BALI, 19 Sept (Bernama) -- AirAsia pada Khamis mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan pengeluar pesawat Eropah, Airbus bagi meningkatkan penyelidikan bagi inisiatif penerbangan mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon di rantau ASEAN.