22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit terus meningkat sebanyak 4.31 peratus kepada RM3.89 berbanding dolar AS setakat 1 Mac 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi, seiring dengan pasaran serantau, berikutan sentimen berhati-hati pelabur terhadap ekuiti akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Batik Air telah membatalkan perkhidmatan penerbangan yang dijadualkan hari ini antara Kuala Lumpur dan Dubai sebagai langkah berjaga-jaga susulan penutupan koridor ruang udara tertentu di Timur Tengah.
23hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Perbincangan dasar yang dilaksanakan segera dan terselaras akan menjadi faktor penting untuk menentukan sama ada konflik Amerika Syarikat(AS)-Iran yang semakin meruncing terus kekal sebagai kejutan luaran sementara atau menjadi cabaran ekonomi yang berterusan bagi Malaysia, kata ahli ekonomi.
23hari ago
PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Pencapaian mutakhir ekonomi negara yang membanggakan, termasuk prestasi ringgit yang disifatkan antara terbaik di Asia, adalah hasil pembaharuan tatakelola dan usaha berterusan membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.
24hari ago
PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Keyakinan rakyat untuk mencarum melebihi kadar berkanun melalui i-Topup Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap kestabilan institusi kewangan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
24hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 28 Feb (Bernama) -- Sasaran Johor untuk mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM260 bilion menjelang 2030 sebagai realistik, dengan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri ini.
24hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan dengan permintaan mungkin melebihi bekalan dalam persekitaran musim daun getah luruh, kata pakar industri Denis Low.
25hari ago
SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM833.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga RM1.45 sesaham menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pelaburan Google sebanyak US$2 bilion (US$1 = RM3.90) di Malaysia menunjukkan kemajuan yang pesat dan melebihi jangkaan awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
25hari ago
KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd bercadang untuk melaksanakan program nota kekal subordinat Islam (sukuk wakalah kekal) pada nilai nominal RM1 bilion berasaskan prinsip syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.