Terdapat 164 berita berdasarkan kata kunci carian "taiwan"

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah US$5.87 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik 1.5 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Februari 2025 mencatat pertumbuhan 1.5 peratus, dipacu oleh peningkatan output sektor pembuatan yang tumbuh pada 4.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pasaran Semikonduktor ASEAN Berpotensi Cecah Lebih US$52 Bilion Menjelang 2032 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) --  Pasaran semikonduktor ASEAN berpotensi mencecah lebih US$52 bilion (US$1=RM4.49) menjelang 2032 sekiranya usaha ditumpukan kepada meningkatkan rantaian nilai, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Asia RM31.68 Bilion, Korea Selatan Catat Jualan Tertinggi

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.

Kejutan Tarif Trump: Implikasi Terhadap Malaysia

Oleh Yin Shao Loong

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) President Donald Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.

Pendaratan Ikan Tuna Di Pulau Pinang Tingkat Ekonomi, Peluang Besar Industri Hiliran

GEORGE TOWN, 3 April (Bernama) -- Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan makanan dan pantainya malah ia merupakan satu-satunya negeri yang menjalankan pendaratan ikan tuna di Malaysia dari Lautan Hindi sebelum dieksport ke beberapa negara untuk pasaran antarabangsa.

Ringgit Mengukuh 0.8 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Jan-Mac 2025

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd. 

Pelabur Asing Kembali Ke Pasaran Asia, Aliran Masuk US$93.8 Juta

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran Asia dengan aliran masuk bersih sederhana sebanyak US$93.8 juta

Allianz Life Perkasa Usaha Kesaksamaan Gender Menerusi #SheSecures

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd (Allianz Life) kini memperkukuh komitmennya dalam pemerkasaan dan mengangkat golongan wanita dengan memperluas jangkauannya di Malaysia menerusi program eksklusif #SheSecures.

Gamuda Raih Nilai Perolehan Kontrak Tertinggi RM36 Bilion, Rekod Bagi Tahun Keempat

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Gamuda Bhd berjaya mencatat nilai perolehan kontrak pembinaan tertinggi mencecah RM36 bilion bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025 (S2 TK2025) yang juga rekod bagi tahun keempat berturut-turut.

Cape EMS Bekerjasama Dengan Aerospace Industrial Development Corporation Taiwan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Cape EMS Bhd memeterai perkongsian dengan syarikat gergasi aeroangkasa Aerospace Industrial Development Corp (AIDC) Taiwan untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB), pembuatan komponen aeroangkasa dan teknologi sains hayat.

Prestasi Perdagangan Malaysia Catat Pertumbuhan 5.9 Peratus Kepada RM223.89 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum positif pada Februari 2025, mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun kepada RM223.89 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).