Terdapat 160 berita berdasarkan kata kunci carian "plantation"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham mewah terpilih dan saham permodalan kecil, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Kenaikan Awal Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong oleh kenaikan semalaman di Wall Street tetapi beralih kepada rendah kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah terpilih dan saham permodalan kecil, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan momentum belian berterusan sepanjang sesi dagangan pagi, didorong oleh kaunter penjagaan kesihatan, produk perindustrian dan pengguna serta perkhidmatan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Buka Tinggi, Pelabur Tidak Terganggu Dengan Penutupan Kerajaan AS

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street, apabila sebahagian besar pelabur tidak mengendahkan penutupan perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan harapan keadaan itu hanya bersifat sementara, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan aktiviti belian semasa harga murah, menjejaki sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Tetapi Kekal Lebih 1,600 Mata

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Selasa berikutan kekurangan pemangkin tetapi jumlah dagangan yang meningkat sedikit membantu mengekalkan indeks utama melepasi paras 1,600 mata.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Didorong Pembelian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa tengah hari pada Selasa, didorong oleh pembelian ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Naik 3.65 Mata, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street selepas Nvidia Corp mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dengan komitmen pelaburan US$100 bilion.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Dalam Saham Pembinaan, Kewangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter wajaran tinggi dalam sektor pembinaan, utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, FBM KLCI Naik Melepasi Paras 1,600

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat melepasi paras utama pada 1,600, disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Intra Hari

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Momentum belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan membantu Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Rabu dengan indeks utama mengukuhkan kedudukannya melepasi paras psikologi 1,600.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam dan mengakhiri sesi pagi dengan naik 0.4 peratus, seiring dengan prestasi pasaran saham global.