Terdapat 937 berita berdasarkan kata kunci carian "fbm klci"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dicatatkan dalam julat positif pada tengah hari ini berikutan minat baharu dalam saham mewah terpilih, diterajui oleh MISC, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah berikutan pasaran kebanyakannya rendah minggu lepas, didorong oleh sentimen perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berhati-hati dan kekurangan data ekonomi yang positif daripada kedua-dua negara tersebut. 

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran 1,500 dan 1,530 mata minggu depan sementara menunggu pemangkin baharu pasaran, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global yang berterusan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Menjejaki Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan ini dengan ditutup sedikit rendah, menjejaki prestasi negatif yang dapat disaksikan di pasaran serantau, terutamanya dalam kalangan pasaran baru muncul, menurut seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Diasak Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan sejak pertengahan pagi melibatkan kaunter saham berharga rendah dan wajaran tinggi terpilih, diterajui saham produk dan perkhidmatan perindustrian.

Penyertaan Semula AMMB Dijangka Bawa 2.7 Peratus Wajaran Ke FBM KLCI - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Penyertaan semula AMMB Holdings Bhd sebagai konstituen utama Indeks FTSE  Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susulan semakan separuh tahunan dijangka membawa sumbangan wajaran 2.7 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street, apabila sentimen kalangan pelabur terjejas ekoran perbalahan berterusan antara Presiden AS Donald Trump dan ahli perniagaan Elon Musk.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan rendah semasa awal dagangan pada Jumaat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini susulan aktiviti membeli saham pada harga rendah yang berterusan selepas penjualan minggu lepas, sejajar dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dalam Wilayah Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dalam wilayah positif semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Khamis, didorong oleh aktiviti belian pada harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi terutama dalam sektor utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.