BERITA TERKINI   Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Malaysia kekal optimistik untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif susulan keinginan AS untuk terus melakukan rundingan bersama - Tengku Zafrul | 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dicatatkan dalam julat positif pada tengah hari ini berikutan minat baharu dalam saham mewah terpilih, diterajui oleh MISC, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals.

MISC melonjak 18 sen kepada RM7.78, Tenaga Nasional meningkat 10 sen kepada RM14.30 dan Petronas Chemicals naik tujuh sen kepada RM3.32.

Tiga kaunter ini menyumbang sebanyak 16.07 mata kepada indeks komposit.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.37 mata kepada 1,520.16 daripada 1,516.79 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi kepada 1,518.06, meningkat 1.27 mata dan seterusnya turun naik antara 1,518.03 dan 1,521.64 sepanjang sesi pagi. 

Pasaran secara keseluruhannya positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 436 berbanding 369. Sejumlah 424 kaunter kekal tidak berubah, 1,131 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.67 bilion unit bernilai RM888.28 juta.

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, FBM KLCI dijangka terus mencatatkan peningkatan semula minggu ini, tanpa mengambil kira sebarang kejutan negatif daripada data inflasi Amerika Syarikat atau perkembangan mengenai perdagangan.

“Saham yang menjadi tumpuan termasuklah Maybank, Public Bank, Tenaga Nasional, Sunway dan YTL Power, yang telah menunjukkan corak teknikal menggalakkan selepas merosot baru-baru ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM9.70, Public Bank tidak berubah pada RM4.26 manakala CIMB dan IHH, masing-masing menambah empat sen kepada RM6.88 dan 6.90. 

CelcomDigi merosot lima sen kepada RM3.80.

Bagi saham paling aktif, MPire naik tiga sen kepada 12 sen, MYEG berkurangan setengah sen kepada 94 sen, Ta Win mendatar pada dua sen dan Tanco merosot dua sen kepada RM1.01.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 35.78 mata kepada 11,391.12, Indeks FBMT 100 naik 33.84 mata kepada 11,157.53 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 40.02 mata kepada 11,369.24.

Indeks FBM 70 naik 85.83 mata kepada 16,382.40. Bagaimanapun, Indeks FBM ACE berkurangan 17.47 mata kepada 4,501.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.78 mata kepada 17,745.10, Indeks Tenaga naik 3.27 mata kepada 721.72 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.94 mata kepada 151.74.

Indeks Perladangan naik 0.95 mata kepada 7,253.80.

-- BERNAMA