Terdapat 103 berita berdasarkan kata kunci carian " volum"

Top Glove Jangka Kembali Catat Keuntungan Menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan, Top Glove Corporation Bhd jangka akan mencatatkan keuntungan semula menjelang tahun kewangan 2025 selepas didorong oleh peningkatan jumlah jualan dan kadar penggunaan yang lebih baik.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Selasa dalam persekitaran prestasi serantau bercampur-campur, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal tinggi disebabkan pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Heitech Padu Tidak Tahu Punca Harga Saham Melonjak

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Heitech Padu Bhd tidak mengetahui apa-apa punca yang menyebabkan kenaikan mendadak dalam harga saham dan volum dagangannya, kata syarikat itu sebagai respons kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Proton Kekal Tempat Kedua Dalam Jualan Automotif Pada September

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) kekal di tempat kedua dalam jualan automotif pada September, dengan jumlah jualan bagi domestik dan eksport sebanyak 11,269 unit, menjadikan jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 112,758 unit.

MIDF Jangka Aktiviti Pengeluaran Malaysia Terus Berkembang Dalam Bulan Akan Datang

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Aktiviti pengeluaran Malaysia akan terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang meskipun terdapat kebimbangan aktiviti kilang yang lebih perlahan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

Pelabur Asing Beli Bersih Ekuiti RM217.6 Juta Minggu Lepas – MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pelabur asing membeli bersih ekuiti berjumlah RM217.6 juta bagi tempoh 9-13 September, untuk minggu kelima berturut-turut, menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.