Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini kerana sentimen pasaran kekal lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap langkah tarif yang agresif.
| BERITA TERKINI | Penilai bebas mengesahkan sistem aerotren KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | Ketersediaan operasi perkhidmatan aerotren KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | Ketersediaan operasi perkhidmatan Aerotrain KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | Penilai bebas mengesahkan sistem Aerotrain KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.2 pada Januari 2026, paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan - S&P Global | |
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini kerana sentimen pasaran kekal lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap langkah tarif yang agresif.
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perpaduan dalam kalangan anggota ASEAN akan menentukan kejayaan sepuluh negara anggota itu dalam mengharungi badai tarif AS yang telah menjejaskan rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington hujung bulan ini untuk membincangkan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran semikonduktor ASEAN berpotensi mencecah lebih US$52 bilion (US$1=RM4.49) menjelang 2032 sekiranya usaha ditumpukan kepada meningkatkan rantaian nilai, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ketika para pegawai kanan menamatkan hari pertama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12, di sini, hari ini, rumusan utama yang dicapai adalah walaupun tarif timbal balik AS memberikan cabaran besar, namun dalam masa yang sama ia juga menawarkan peluang kepada negara anggota.
Oleh Nur Athirah Mohd Dhaharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Sebarang perubahan kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5-5.5 bagi 2025 akan berlandaskan analisis impak menyeluruh yang dijalankan oleh Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunan mata wang Asia yang lain susulan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) mungkin memberi impak kepada eksport minyak sawit Malaysia, namun negara ini mempunyai kelebihan daya saing berbanding pengeluar minyak sawit utama, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global termasuk kesan daripada kejatuhan pasaran di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kerugian sehingga trilion dolar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Malaysia dan negara-negara ASEAN perlu membentuk satu kesepakatan dalam isu tarif yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan rundingan dan perbincangan yang bakal dijalankan mempunyai asas yang kukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai ruang untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tindakan Washington yang mengenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas barangan Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.