Terdapat 254 berita berdasarkan kata kunci carian " spi asset management"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), yang mencetuskan semula kebimbangan terhadap kredibiliti fiskal Washington.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.26-4.29 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ringgit diunjur kekal positif pada minggu hadapan, dengan mata wang itu dijangka berlegar dalam julat 4.26 hingga 4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Tinggi Antara US$3,200 Hingga US$3,250 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan, dalam julat US$3,200 hingga US$3,250, susulan kebimbangan terhadap situasi fiskal Amerika Syarikat (AS), kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan sentimen berhati-hati terhadap mata wang tempatan itu meskipun dolar AS mencatatkan penurunan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah. 

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dirangsang oleh permintaan sederhana, apabila pelabur kekal berhati-hati di samping memantau perkembangan ekonomi yang berterusan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.

Ringgit Melemah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila pelabur mengurangkan jangkaan mereka terhadap langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk menurunkan kadar faedah.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan lebih rendah pada minggu depan, didorong oleh perkembangan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China akhir minggu ini, sekali gus merangsang permintaan terhadap dolar AS namun memberi kesan ke atas harga emas.

Ringgit Ditutup Sedikit Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan keyakinan terhadap dolar AS kembali pulih, kata seorang ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR BNM Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kadar dasar semalaman (OPR) esok, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Krisis Berterusan Tarif AS-china

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan krisis tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ketika Dolar AS Susut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup  tinggi pada Isnin dalam keadaan penyusutan dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.