BERITA TERKINI   Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | Inflasi Malaysia berada pada 1.4 peratus pada Februari 2026, mata indeks naikĀ kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026, disokong oleh pengembangan berterusan dalam eksport dan import - Jabatan Perangkaan | Sabotaj Negara: PDRM akan rakam keterangan 14 lagi individu bagi lengkapkan kertas siasatan - KPN | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), yang mencetuskan semula kebimbangan terhadap kredibiliti fiskal Washington.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pelabur kini beralih kepada aset logam memandangkan risiko kedaulatan AS kembali wujud dan dolar AS menyusut.

Beliau berkata keadaan itu sekali gus mendorong emas sebagai lindung nilai ke atas keraguan yang semakin ketara terhadap kemampanan fiskal jangka masa panjang AS.

Mei 2025 meningkat kepada US$3,247.40 satu auns troy daripada US$3,218.10 pada Jumaat lepas, manakala Jun 2025 naik kepada US$3,261.10 setiap auns troy daripada US$3,232.00.

Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing menokok kepada US$3,274.80 setiap auns troy daripada US$3,245.70 sebelum ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 108 lot daripada 283 lot sebelum ini manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 157 kontrak daripada 49 kontrak.

Berdasarkan penetapan harga sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 16 Mei, emas fizikal berharga US$3,182.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA