BERITA TERKINI   MARC Ratings unjur pertumbuhan KDNK 4.2 peratus pada 2025 dan 4.0 peratus pada 2026 | MARC Ratings unjur ringgit meningkat kepada RM3.93 berbanding dolar AS menjelang pertengahan 2026 | Kes tikam pelajar: MCMC gesa semua pihak tidak berkongsi, muat naik gambar atau video memaparkan mangsa dan lokasi kejadian | Mesyuarat Jemaah Menteri akan bincang langkah tegas tangani isu keselamatan pelajar, termasuk pengaruh media sosial - PM Anwar | PM Anwar pertahan pelaburan Khazanah sebanyak RM600 juta baik pulih Carcosa Seri Negara, sifatkan ia pamer kepentingan sejarah | 

Terdapat 106 berita berdasarkan kata kunci carian " separuh kedua 2025"

Penggabungan CAAM-MAVCOM Dijangka Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Potongan Capex Petronas Diunjur Tidak Lebih RM10 Bilion Setahun - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan sebarang potensi potongan perbelanjaan modal (capex) oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) susulan perjanjian pengagihan gas dengan Petros di Sarawak, tidak akan melebihi RM10 bilion setahun.

Ringgit Diunjur Pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI Pada 1,700-1,840 Pada 2025 - Firma Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.

Sektor Automotif Terus Catat Prestasi Kukuh Pada 2024, Tampil EV Pertama Negara

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.

Pasaran Minyak Sawit Berdepan Ketidaktentuan Berikutan Cuaca, Kekangan Bekalan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) menjangka pasaran minyak sawit akan terus menghadapi ketidaktentuan yang ketara menjelang 2025, dengan cabaran dari aspek bekalan berikutan cuaca buruk dan kadar penanaman semula yang perlahan.

BMI Kekalkan Unjuran Harga Minyak Mentah Brent US$81 Setong Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent pada US$81 setong tahun ini dan susut ke paras US$78 setong pada 2025.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah selepas empat hari kenaikan berturut-turut susulan petunjuk dari pasaran minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Harga MSM Diunjur Meningkat 6.3 Peratus Pada 2025, Purata RM4,250 Satu Tan - AmInvest

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengukuh pada 2025, dengan purata RM4,250 satu tan, mewakili peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun, menurut AmInvestment Bank Bhd (AmInvest).

Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2024 - OCBC

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia sangat mengejutkan pada 2024, dengan inflasi utama dan teras pada purata 1.8 peratus pada suku pertama hingga ketiga tahun ini, menurut ahli ekonomi kanan OCBC untuk ASEAN Lavanya Venkateswaran.

Belanjawan 2025: Kenanga IB Jangka Kerajaan Tingkat Perbelanjaan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka memperuntuk perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi sebanyak RM94.5 bilion dalam Belanjawan 2025 daripada unjuran RM88.5 bilion pada 2024, untuk meningkatkan sektor infrastruktur.