7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih utama dalam tempoh separuh pertama 2025, menyumbang aliran masuk terkumpul sebanyak RM21.4 bilion setakat Jun 2025.
7bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan berikutan penjualan besar-besaran pada awal minggu ini, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada sesi tengah hari, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya sektor pembinaan, produk dan perkhidmatan perindustrian, dan kaunter perkhidmatan kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ramssol Group Bhd menyatakan sokongan terhadap anak syarikatnya yang mengalami kerugian, Rider Gate Sdn Bhd, untuk mencatat keuntungan selepas cukai sekurang-kurangnya US$1 juta susulan pelupusan 40 peratus kepentingan kepada SAGTEC Global Ltd yang disenaraikan di NASDAQ.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar tarif AS.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis mengakhiri penurunan selama dua harinya seiring dengan kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Greenyield Bhd menjual sebidang tanah perindustrian pegangan pajak yang masih belum dibangunkan di Banting, Selangor kepada pengeluar penapis kartrij, Filtermation (MFG) Sdn Bhd dengan nilai RM8 juta.
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pasaran yang semakin baik setelah didorong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Sadhana Demolition & Engineering Sdn Bhd (Sadhana) boleh menjadi rakan kongsi yang sesuai bagi syarikat yang mahu membuat pelaburan baharu, melancarkan loji pembuatan atau menutup operasi di Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) menjual sembilan bidang tanah pegangan bebas berkeluasan kira-kira 12,923.74 meter persegi di Kuala Lumpur dengan harga RM148.8 juta.
7bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menongkah aliran meningkat pasaran serantau berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati susulan kebimbangan terkini terhadap tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.