BERITA TERKINI   Kabinet luluskan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) jaga kebajikan pekerja-pekerja gig di Malaysia - TPM Ahmad Zahid | Bekalan barangan makanan asas seperti telur, daging ayam dan sayur-sayuran di seluruh negara mencukupi sepanjang Hari Raya Aidilfitri - Mohamad Sabu | Ringgit ditutup rendah pada 3.9425/9535 berbanding dolar AS hari ini, daripada 3.9415/9480 semalam | Unit Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, memperoleh saham MOF Inc, baki pinjaman dalam DNB pada RM327.87 juta | Bursa Malaysia tegur Pengarah Eksekutif merangkap CEO TFP Solutions, Datin Eugena Braganza kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities | 

Terdapat 169 berita berdasarkan kata kunci carian " penguatkuasaan"

Penangguhan Sistem E-invois Beri Masa Peniaga Sesuaikan Diri - Lim

GEORGE TOWN, 8 Jun (Bernama) -- Penangguhan pelaksanaan sistem e-Invois dibuat selepas kerajaan mendengar keluhan peniaga khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Lebih 90,000 Perniagaan Raih manfaat Susulan Pengecualian e-Invois Terbaharu LHDN - Persatuan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pengecualian terbaharu sistem e-invois untuk perniagaan dengan jualan tahunan di bawah RM500,000 ketika ini membolehkan lebih banyak ruang untuk mereka melabur dalam peralatan yang betul untuk melaksanakan sistem itu, kata Persatuan Majikan Perindustrian, Komersial dan Perkhidmatan Malaysia (MICSEA).

Institusi Kewangan Disaran Perkukuh Prosedur Kiriman Wang Korporat Sejajar AMLATFPUAA

Oleh Sevagamy Nythiananthan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Institusi kewangan di Malaysia disaran mengukuhkan prosedur usaha wajar bagi kiriman wang korporat sejajar dengan pengawalseliaan sedia ada di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) --  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam julat yang tidak menentu antara 1,500 hingga 1,530 minggu depan, sementara menunggu perkembangan baharu berita yang boleh menggerakkan pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Sentimen Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak dapat mengekalkan kenaikan awal selain mengakhiri minggu ini dengan prestasi yang lemah apabila tekanan jualan berterusan dalam saham berwajaran tinggi serta saham permodalan sederhana, di tengah-tengah sentimen serantau yang suram.

Unit Shin Yang Terimai LOI Daripada Kementerian Dalam Negeri Untuk Projek Kapal Peronda

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Shin Yang Group Bhd (Shin Yang), Shin Yang Shipyard Sdn Bhd menerima Surat Hasrat (LOI) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pelantikannya sebagai kontraktor kerja-kerja pembinaan kapal peronda luar pesisir (OPV).

Akauntan Berperanan Penting Pertingkat Amalan Kemampanan Syarikat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Akauntan berperanan penting untuk membimbing syarikat menambah baik amalan kemampanan terutama dalam tadbir urus, dengan memastikan pendedahan berkualiti tinggi dan boleh dipercayai sejajar dengan piawaian antarabangsa, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

LIMA'25: Platform Syarikat Tempatan Perkasa Bidang Aeroangkasa Negara

LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Global Component Asia, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat awam dan tentera tempatan memperkukuh keupayaan aeroangkasa dan daya saing pertahanan negara dengan membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang itu.

LIMA’25 Platform Tonjol Kemampuan Syarikat Tempatan Di Peringkat Global

LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Di sebalik kehadiran banyak syarikat gergasi antarabangsa dan tempatan berkaitan industri pertahanan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), terselit sebuah syarikat pembuat kasut bumiputera yang optimis menjadikan pameran kali ini sebagai platform memasuki pasaran antarabangsa.

Airbus Sasar Permintaan Pesawat A400M Terus Meningkat

LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Airbus Defence and Space yakin pesawatnya jenis A400M terus mendapat perhatian di rantau ini, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap penyelesaian mobiliti udara serba boleh di Asia Pasifik.

Industri Jimat Sebanyak RM100 Juta Menerusi Program Amnesty Perkeso - MEF

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Industri mendapat penjimatan sebanyak RM100 juta melalui pengecualian kompaun dan caj pembayaran lewat di bawah Program Amnesty Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari 1 hingga 30 April 2025, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

SC Meterai EMMoU IOSCO Untuk Perkukuh Integriti Pasaran, Lindung Kepentingan Pelabur

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala Dipertingkatkan (EMMoU) dengan Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO).