Terdapat 142 berita berdasarkan kata kunci carian " amir hamzah "

MOF, Kerajaan Johor Umum Pakej Insentif JS-SEZ, Pacu Pelaburan Nilai Tinggi Ke Johor

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.

Kerajaan Anjur FEM2025 Pada 9 Januari

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kerajaan dijadualkan menganjurkan Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) pada 9 Jan 2025, platform utama untuk merangka keutamaan dan dasar Malaysia bagi tahun 2025.

Industri Insurans Raih Perhatian Berikutan Premium Perubatan Naik Mendadak

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.

MOF Tumpu Percukaian Progresif, Belanjawan Mampan Bagi Utamakan Sektor Kritikal

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara sejajar dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI.

13 Peratus Daripada 477,571 Peminjam AKPK Selesai Sepenuhnya Hutang Lebih RM3.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Sebanyak 13 peratus daripada 477,571 peminjam Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan sepenuhnya pinjaman hutang melebihi RM3.2 bilion, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.

Kerajaan Akan Permudah Kelulusan Rentas Sempadan, Pacu Aliran Dana - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama)  – Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing untuk menarik modal teroka asing.

GLIC Tambah Baik Tatakelola Proses Penilaian Pelaburan Dan Pemantauan Berterusan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan yang berterusan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

BSN Komited Capai Sasaran 100 Peratus Liputan Perkhidmatan Ke Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) komited untuk mencapai sasaran 100 peratus liputan perkhidmatan ke seluruh negara, selari dengan aspirasi kerajaan MADANI. 

Pelaporan Korporat Berkualiti Tinggi Bantu Negara 'Kembangkan Kek Ekonomi' - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pelaporan korporat berkualiti tinggi memainkan peranan dalam rangka kerja Ekonomi MADANI, Malaysia kini menyasarkan untuk mengembangkan kek ekonomi, memupuk penyertaan yang lebih luas dan memajukan kekompleksan ekonomi ekonomi negara.

Kementerian Kewangan, BNM Kaji Pelanjutan Skim mySalam - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti untuk melanjutkan pelaksanaan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi.

Dua Tahun Kerajaan Madani: Menukar Cabaran Kepada Pencapaian

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Dalam tempoh hanya dua tahun mentadbir negara, kerajaan MADANI telah mencapai titik perubahan penting dalam pembaharuan ekonomi Malaysia, selain langkah menangani ketidakcekapan entiti milik kerajaan, membina asas ekonomi yang berdaya tahan pada tahun pertama pentadbirannya.