BERITA TERKINI   TNB terima notis taksiran tambahan berjumlah RM609.03 juta bagi tahun taksiran 2023 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri | Kementerian Komunikasi adakan sesi taklimat RMK13 dengan Komuniti MADANI, Pengurus NADI malam ini - Fahmi | RMK13: Imbangan perdagangan dijangka kekal positif pada RM116.3 bilion, dengan lebihan akaun semasa sebanyak 2.2 peratus kepada PNK pada tahun 2030 | RMK13: Nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK disasarkan tidak melebihi 60 peratus pada 2030 berbanding 64.6 peratus pada 2024 | RMK13: Pertumbuhan import kasar dijangka menyederhana kepada 6.1 peratus setahun pada 2026-2030 berbanding 14.4 peratus dalam tempoh empat tahun pertama RMK12 | 

Terdapat 2633 berita berdasarkan kata kunci carian " pelaburan"

Pelaburan Dalam Sektor Pembuatan Terus Bawa Impak Positif Kepada Ekonomi, Rakyat - Anwar

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaburan dalam sektor pembuatan terus membawa impak positif kepada ekonomi negara dengan manfaatnya dirasai secara langsung oleh rakyat menerusi peningkatan peluang pekerjaan, kadar gaji dan nilai tambah industri.

Peningkatan Perdagangan Pada Separuh Pertama Bukti Kekuatan Perdagangan Luar Malaysia - Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Peningkatan nilai kumulatif perdagangan tertinggi dalam sejarah sebanyak 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion pada separuh pertama 2025 mencerminkan kekuatan dan ketahanan kedudukan perdagangan luar Malaysia. 

Malaysia Tidak Akan Tunduk Kepada Tekanan Luar Yang Jejaskan Dasar Negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan yang akan menjejaskan dasar negara termasuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif.

Sabah Dijangka Keluarkan Hasil Marin RM3.25 Bilion Setahun Menerusi Ekonomi Biru

KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 491,000 tan hasil marin bernilai RM3.25 bilion setahun, seperti ikan dan udang, dapat dikeluarkan oleh negeri ini menerusi Ekonomi Biru Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Bursa Malaysia Dijangka Kekalkan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan kecenderungan meningkat minggu hadapan, didorong minat belian baharu yang dilihat sejak dua sesi dagangan lepas, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran RM4.24-RM4.26 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.24 hingga RM4.26 minggu depan di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur dalam pasaran.

Anggaran KDNK Suku Kedua Pada 4.5 Peratus, Atasi Unjuran, Pamer Daya Tahan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Anggaran awal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku kedua 2025 mengatasi kebanyakan unjuran penganalisis yang sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negara.

Malaysia Perlu Banyakkan Teknologi Asli, Inovasi, Tidak Hanya Hasilkan Produk - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih banyak teknologi dan inovasi yang dicipta dalam negara, berbanding menghasilkan lebih banyak produk, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pelabur Asing Kekal Pembeli Bersih Utama Bagi Separuh Pertama, Sumbang RM21.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih utama dalam tempoh separuh pertama 2025, menyumbang aliran masuk terkumpul sebanyak RM21.4 bilion setakat Jun 2025.

Sunway Marketing Lancar Zeekr Space, Pusat Servis Bernilai RM10 Juta Di Bandar Sunway

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Sunway Marketing Sdn Bhd (Sunway Marketing), rakan kongsi pengedar Zeekr Malaysia yang dilantik, telah melancarkan Zeekr Sunway secara rasmi hari ini, di tengah-tengah Bandar Sunway, Kuala Lumpur. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan berikutan penjualan besar-besaran pada awal minggu ini, kata seorang penganalisis.

Jumlah Dagangan Malaysia Naik 4.8 Peratus Kepada RM1.465 Trilion Pada Separuh Pertama 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2025, meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).