19hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, meneruskan peningkatan sebelumnya manakala sentimen kekal berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata seorang peniaga.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.
19hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Permohonan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh mengemukakan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) ditolak oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd (CLSB) meraih kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaik taraf Jalan Persekutuan 3 (FT3) sepanjang 7.25 kilometer (KM) daripada laluan sehala kepada laluan dua hala.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 mata sehingga hari ini sejak Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 merosot kepada RM99.12 juta daripada RM110.05 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- YTL Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM1.88 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM2.14 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
19hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.