BERITA TERKINI   Penahanan peserta GSF dan rakyat Malaysia oleh rejim Israel kerja gila, tidak hormat prinsip kemanusiaan sejagat - PM Anwar | PM Anwar umum Pakej Daya Tahan Ekonomi Progressive Acceleration for Capability and Employment bernilai lebih RM710 juta bagi perkukuh kestabilan pasaran buruh negara | Malaysia masih kekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter meskipun kebanyakan negara pengeluar minyak naikkan harga - PM Anwar | Kerajaan akan terus ambil langkah-langkah perlu dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global - PM Anwar | Kerajaan cadang perluas perlindungan PERKESO kepada warganegara Malaysia di luar negara - PM Anwar | 

Terdapat 12221 berita berdasarkan kata kunci carian " r"

Industri Tenaga Boleh Baharu Antara Fokus Utama Pembangunan JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama)-- Aspek industri tenaga boleh baharu (TBB) akan menjadi antara fokus utama dalam pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka memberi manfaat besar kepada Malaysia dan Singapura.  

Projek HSR Mampu Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Asia Tenggara - Pakar Pengangkutan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memanfaatkan potensi ekonomi negara sepenuhnya dan mengukuhkan kedudukannya di Asia Tenggara, kata badan pemikir pengangkutan, My Mobility Vision.

Rasionalisasi Subsidi Diesel Bukan Faktor Utama Kenaikan Kos Barangan Sektor Pembuatan - MOF

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah penyasaran rasionalisasi subsidi diesel bermula Jun lepas bukan penyebab utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan yang menyebabkan kejatuhan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Julai 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kerajaan Sasar Tanam Semula Sawit 77,000 Hektar Pada 2025-2029 - KPK

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penanaman semula sawit seluas 77,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang (2025-2029) menerusi pelaksanaan program penanaman semula terutama dalam kalangan pekebun kecil bagi memastikan sektor sawit sentiasa mampan dan berdaya saing. 

Untung Bersih Suku Ketiga TH Plantations Melonjak Kepada RM21.55 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih bagi suku ketiga 2024 TH Plantations Bhd (THP) melonjak kepada RM21.55 juta daripada RM17.55 juta tahun lepas.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Menjejaki Pasaran Minyak Kacang Soya Kukuh Di CBOT

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, menjejaki pasaran minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Greenflation: Kenaikan Kos Peralihan Ke Arah Kemampanan Jejas Ekonomi, PKS

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia berkata peralihan ke arah ekonomi hijau, di samping mengatasi cabaran perubahan iklim membawa kepada peningkatan kos, atau 'greenflation', yang menjejaskan kalangan perniagaan dan pengguna dengan ketara.

Potensi Pelaburan Dijana Dari Korea Selatan, Termasuk Sektor Berkaitan Tenaga - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Potensi pelaburan yang dijana semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan meliputi sektor kimia, automotif termasuk kenderaan elektrik (EV), logam untuk kegunaan EV, biofarmaseutikal serta teknologi hijau seperti hidrogen dan ammonia hijau.

Ringgit Susut Selepas Trump Umum Tarif Baharu Kepada Mexico, Kanada

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.

PKS Perlu Segera Sepadukan Amalan ESG Dalam Operasi Perniagaan - BNM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu segera mengintegrasikan amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) dalam operasi perniagaan untuk mengekalkan daya saing di pasaran dan memastikan kelebihan mampan dalam jangka panjang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

ASEAN-BAC Malaysia Sasar Kukuhkan Hubungan Ekonomi Serantau

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia komited untuk memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat di rantau ini semasa negara ini bersedia untuk memegang jawatan pengerusi tahun depan.

Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-Asean Tindakan Susulan Lawatan PM Anwar Ke Vladivostok

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Forum Perniagaan Antarabangsa “World of Opportunities: Russia-ASEAN” yang julung kali diadakan bermula hari ini adalah tindakan susulan yang pantas daripada Rusia berikutan lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vladivostok, Rusia pada September.