Terdapat 1268 berita berdasarkan kata kunci carian " majlis"

Airbus, Rolls-Royce Terlibat Tangani Isu Pesawat Baharu A330neo Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Airbus telah memberi jaminan untuk memberi sokongan penuh kepada Malaysia Airlines yang bertindak menggantung operasi sebuah pesawat baharu Airbus A330neo (pilihan enjin baharu) selama sekurang-kurangnya 48 jam selepas melakukan penerbangan sulung ke Melbourne pada 19 Disember lepas.

Qube Integrated Malaysia Meterai MoU Dengan Asia CEO Community, Perkenal Kad MITEC

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) milik Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dengan Asia CEO Community.

Kementerian Pengangkutan Akan Umum Tarikh Penggabungan CAAM-Mavcom

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Tarikh tentatif bagi penggabungan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Majlis EU Secara Rasmi Terima Penangguhan Setahun Peraturan Penyahhutanan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Majlis Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi menerima penangguhan pelaksanaan peraturan penyahhutanan EU selama setahun.

Perdagangan Dua Hala Malaysia, Korea Selatan Cecah RM100.6 Bilion Pada November - Tengku Zafrul

SHAH ALAM, 19 Dis  (Bernama) -- Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan mencecah RM100.6 bilion setakat November tahun ini terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MICCI Lancar "E-Commerce Chapter" Lonjak Ekonomi Digital Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) memperkenalkan “E-Commerce Chapter” untuk meningkatkan kerjasama kalangan peserta utama dalam industri e-dagang dan badan pengawalseliaan.

Pemaju Malaysia Raih 11 Kemenangan Pada Anugerah Propertyguru Asia Di Bangkok

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia meraih kejayaan besar pada majlis Anugerah Tahunan PropertyGuru Asia ke-19 di Hotel The Athenee, di Bangkok, apabila memenangi 11 anugerah berprestij.

MRL, CCCECRL Jalin Usaha Sama Pengoperasian, Penyelenggaraan Projek ECRL

PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) hari ini secara rasmi mewujudkan sebuah syarikat operasi (OpCo) dengan nisbah kepentingan 50:50 bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Komitmen MIDA Kepada Pelabur - Landskap Pelaburan Lebih Kukuh, Bersepadu

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) komited untuk menyokong pelabur di setiap peringkat ke arah mewujudkan landskap pelaburan yang lebih kukuh dan bersepadu. 

2024: Tempoh Yang Sibuk, Masih Bergelora Bagi Pengendali Pelabuhan, Industri Perkapalan

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- 2024 merupakan tempoh yang sibuk bagi pelabuhan di Malaysia apabila kalangan pengendalinya mengemudikan dan meneruskan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur berintensif modal.

Harga Minyak Sawit Diunjur Antara RM4,000 Hingga RM5,000 Satu Tan Tahun Depan - CPOPC

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 6 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengunjurkan harga minyak sawit berada antara RM4,000 hingga RM5,000 satu tan tahun depan, didorong oleh pengeluaran yang mendatar di pasaran utama, khususnya Indonesia dan Malaysia .

Cypark, Terengganu Inc Bangunkan Kemudahan Solar Terapung Hibrid Di Tasik Kenyir

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd dan Terengganu Inc Sdn Bhd menjalin kerjasama bagi membangunkan kemudahan solar terapung hibrid (HHFS) berkapasiti 500 megawatt (MW) di Tasik Kenyir, Terengganu.