BERITA TERKINI   Kerajaan negeri perlu patuhi ketetapan berkaitan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah - PM Anwar | 

Terdapat 1325 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan"

Industri Automotif Malaysia Capai Rekod Jualan 816,747 Unit Pada 2024

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod  jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.

CIMB Group Ulang Komitmen Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Ke Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- CIMB Group kekal komited dalam menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuh hubungan ekonomi global, meningkatkan kelebihan daya saing Malaysia, dan memupuk kemampanan ekonomi jangka panjang.

Unit UUE Holdings Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM27.5 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Unit UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak dengan gabungan nilai sebanyak RM27.5 juta daripada Sutera Utama Sdn Bhd untuk pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel serta aksesori bawah tanah berkuasa 11 kilovolt (kV) dalam rangkaian pengedaran Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Datasonic Dapat Pelanjutan Kontrak KDN Bernilai RM150.45 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Datasonic Group Bhd telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membabitkan pelanjutan tempoh 12 bulan bagi kontrak sedia adanya.

ECERDC Peroleh RM13.4 Bilion Dalam Pelaburan Direalisasikan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.

Kenaikan Gaji Akan Pacu Sektor Peruncitan, Pelancongan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam serta upah minimum dilihat akan memberi impak positif kepada sektor runcit dan pelancongan, yang banyak bergantung kepada perbelanjaan pengguna.

AHAM Capital Umum Agihan Pendapatan RM1.11 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2024, meliputi 89 dana borong dan runcit.  

Projek Rintis 'Servis Ihsan@Petronas AutoExpert' Bermula Jumaat - Armizan

PUTRAJAYA, 20 Jan (Bernama) -- Projek rintis ‘Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert (SIM@PAX)’ melibatkan 95 PAX di seluruh negara akan bermula 24 hingga 28 Jan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali. 

Fajarbaru, PDC Meterai Perjanjian Pembelian Dan Pembangunan Induk Fasa Satu Medi-city

GEORGE TOWN, 20 Jan (Bernama) -- Fajarbaru Builder Group Bhd (FBG) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menandatangani perjanjian pembelian dan pembangunan Induk untuk fasa satu projek Medi-City di Batu Kawan, Pulau Pinang. 

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka meneruskan momentum meningkatnya minggu depan disokong oleh lantunan semula susulan aktiviti jualan selama empat hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.

Mitrajaya Peroleh Kontrak RM375.50 Juta Bina Pusat Data

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mitrajaya Holdings Bhd (MHB), Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM375.50 juta daripada NEXTDC Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan pusat data utama di sini.

Pakar Ekonomi : KDNK Malaysia 2024 Dijangka Melangkaui Anggaran Pada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.