BERITA TERKINI   Ringgit susut kepada 3.9620/9670 berbanding dolar AS daripada 3.9530/9585 pada Selasa | MIC kekal bersama Barisan Nasional, tidak sertai Perikatan susulan perubahan kepimpinan - Saravanan | JPA diarah rangka program tingkat profesionalisme PDRM, kebajikan jadi keutamaan termasuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi - PM Anwar | Kerajaan beri jaminan tidak campur tangan dalam tugas PDRM, akan beri dorongan untuk bertindak terus dengan berani - PM Anwar | Perolehan KDN yang dibekukan sebelum ini kini dilepaskan semula - PM Anwar | 

Unit UUE Holdings Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM27.5 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Unit UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak dengan gabungan nilai sebanyak RM27.5 juta daripada Sutera Utama Sdn Bhd untuk pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel serta aksesori bawah tanah berkuasa 11 kilovolt (kV) dalam rangkaian pengedaran Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah itu berkata kontrak pertama bernilai RM13 juta dan bertempat di pantai timur. Ia adalah pembaharuan kontrak asal yang diberikan semasa 2022, meningkatkan jumlah nilai kontrak kepada RM39.1 juta. Kontrak baharu itu dijangka siap menjelang Februari 2026.

“Kontrak kedua, bernilai RM14.5 juta, melibatkan projek yang sama dalam rangkaian pengedaran serta aksesori TNB di wilayah selatan Malaysia. Ia adalah pembaharuan kontrak sebelumnya yang diberikan pada 2022, melonjakkan nilai keseluruhan kepada RM43.6 juta. 

“Kontrak tersebut dijangka selesai menjelang Disember 2025,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dua kontrak terbaharu ini menjadikan jumlah perolehan pesanan UUE pada 2025 kepada RM64 juta dan memberikan keterlihatan pendapatan yang baik.

Pengarah Urusan UUE Datuk Ting Kok Hwa berkata tambahan kontrak baru-baru ini menekankan momentum positif dalam pembangunan sambungan grid Malaysia, permintaan yang semakin menokok bagi infrastruktur utiliti bawah tanah dan keupayaan untuk menyampaikan projek berkaitan TNB dengan segera.

“Kami kini merancang pembinaan sebuah kilang baharu untuk menyokong pembuatan dalaman paip polietilena berketumpatan tinggi termasuk sedang dalam proses mengemukakan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa bagi memastikan pelan pembinaan dilaksanakan. Kami percaya pelaksanaan adalah kunci. 

“Kami bermatlamat untuk menukar projek ini kepada hasil yang nyata,” katanya lagi.

-- BERNAMA