11bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berikutan peranannya sebagai tunjang ekonomi negara dan menjadi sebahagian besar daripada perniagaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut susulan kebimbangan kesan tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap industri keluli dan aluminium menyokong mata wang negara maju itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati susulan data inflasi terkini AS dan ketidaktentuan dasarnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas dijangka mempengaruhi ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.40-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan, dengan harga dan permintaan kekal stabil walaupun dengan sedikit kecenderungan ke arah aliran penurunan, kata pakar industri Denis Low.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
11bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak berkecenderungan untuk menurunkan kadar dalam tempoh terdekat, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan meningkat terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu susulan pentadbiran AS mencari cara untuk mengurangkan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun daripada menurunkan Kadar Dana Persekutuan, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi pengeksport penting durian segar ke China berikutan perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara pada tahun lepas, kata BMI.
11bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas Amerika Syarikat (AS) melaporkan data ekonomi yang lebih lemah, membayangkan pengurangan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS dan prospek penurunan Kadar Dana Fed dijangka terus kekal, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini disebabkan Indeks Dolar AS (DXY) merosot dengan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan prospek yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan positif, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh serta peningkatan beransur-ansur dalam keadaan rantaian bekalan, menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB).