BERITA TERKINI    EAS utamakan kebersamaan dan kesepakatan tangani bencana dan krisis kewangan global -- Mohamad Hasan | Pilihan raya Myanmar bukan keutamaan pada masa ini; dialog mengenai gencatan senjata digesa - Mohamad Hasan | PM Anwar galak keterlibatan lebih erat antara Pakistan dan ASEAN pada masa hadapan | Malaysia jemput Australia sertai Pameran MIHAS pada September, selaras potensi besar kerjasama ekonomi halal - PM Anwar | Malaysia-Australia dijangka meterai MoU baharu sektor pendidikan pada Mesyuarat Tahunan Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Australia Ketiga, Oktober ini -- Anwar | EAS utamakan kebersamaan dan kesepakatan tangani bencana dan krisis kewangan global -- Mohamad Hasan | Pilihan raya Myanmar bukan keutamaan pada masa ini; dialog mengenai gencatan senjata digesa - Mohamad Hasan | PM Anwar galak keterlibatan lebih erat antara Pakistan dan ASEAN pada masa hadapan | Malaysia jemput Australia sertai Pameran MIHAS pada September, selaras potensi besar kerjasama ekonomi halal - PM Anwar | Malaysia-Australia dijangka meterai MoU baharu sektor pendidikan pada Mesyuarat Tahunan Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Australia Ketiga, Oktober ini -- Anwar |

Pasaran Getah Dijangka Kekal Lengang Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan, dengan harga dan permintaan kekal stabil walaupun dengan sedikit kecenderungan ke arah aliran penurunan, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata terdapat kebimbangan yang meningkat mengenai kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan kebimbangan bahawa penggunaan tenaga China yang rendah juga boleh menjejaskan komoditi, termasuk getah.

“Oleh itu, mengambil pendekatan berhati-hati adalah bijak dan peniaga akan lebih berwaspada dalam pegangan stok,” katanya kepada Bernama.

Low berkata menurut ramalan Jabatan Meteorologi Thailand, sistem tekanan tinggi yang rendah di timur laut Thailand menyebabkan penurunan suhu dua hingga tiga darjah Celsius, dengan angin kencang dijangka tidak membawa hujan lebat.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata harga akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit dan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara-negara pengeluar utama getah.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 6.0 sen kepada 890 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 12.5 sen kepada 689.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA