1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap menerima peruntukan pembiayaan latihan kemahiran kenderaan elektrik (EV) untuk menarik minat dan menangani kekurangan tenaga kerja semasa dalam sektor automotif, khususnya dalam teknologi EV, menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit menokok sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat selepas calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan hasrat menaikkan tarif import untuk melindungi dan meningkatkan ekonomi AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Dalam usaha melestarikan industri sawit tempatan, pekebun kecil di negara ini telah menerima impak positif selain turut menerima cabaran daripada pengenalan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan menarik lebih banyak pelaburan ke wilayah Pantai Timur dapat direalisasikan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki kejatuhan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) semalaman dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengalami kerugian berjumlah RM112.53 juta bagi pelupusan saham Astronautic Technology (M) Sdn Bhd, melibatkan nilai nominal saham berjumlah RM112.58 juta telah dijual pada harga RM50,000.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melepasi pelaburan yang disasarkan sebanyak RM10 bilion untuk 2024 dengan RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan di wilayah itu setakat September 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dibebani oleh prestasi dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Penghantaran pertama pesawat A330neo Malaysia Aviation Group (MAG) yang dijadualkan pada September 2024 telah ditangguhkan dan kini pesawat itu dijangka diserahkan selewat-lewatnya November 2024.
1tahun ago
SEPANG, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia menegaskan komitmennya untuk memacu kesalinghubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global sebagaimana Dubai diiktiraf untuk perjalanan dan perdagangan udara antarabangsa.