BERITA TERKINI   Ekonomi Malaysia masih menunjukkan daya tahan yang kukuh walaupun berdepan cabaran geopolitik global - Akmal Nasrullah | Konflik Asia Barat dipantau secara menyeluruh dari sudut makroekonomi, termasuk menilai kesannya terhadap inflasi, rantaian bekalan dan kos logistik - Akmal Nasrullah | AS lakukan siasatan di bawah Seksyen 301 terhadap lebihan kapasiti pembuatan di 15 negara, termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah | OGX Group Bhd disenaraikan di Pasaran ACE pada 28 sen, iaitu tujuh sen di bawah harga IPO dengan 6.67 juta saham diniagakan | Ibu kepada pelakon Ida Nerina yang juga bekas ahli politik, Datuk Marina Md Yusoff meninggal dunia akibat sakit tua semalam - Anak | 

Kerajaan Persekutuan Rugi RM112.53 Juta Bagi Pelupusan Saham Astronautic Technology - Laporan Audit

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengalami kerugian berjumlah RM112.53 juta bagi pelupusan saham Astronautic Technology (M) Sdn  Bhd, melibatkan nilai nominal saham berjumlah RM112.58 juta telah dijual pada harga RM50,000.

Pelupusan saham Astronautic Technology pada nilai nominal RM50,000 adalah berdasarkan nilai bersih semasa, dengan segala aset dan liabiliti syarikat di zerorised. 

Sehubungan itu, pelupusan tersebut adalah berdasarkan penurunan nilai muhibbah sahaja, menurut Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan. 

"Pelupusan saham berkenaan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Ogos 14, 2019.

“Ini adalah kerana tiada keperluan strategik untuk Kerajaan Persekutuan terus memiliki syarikat Astronautic Technology dalam agenda memperkasa industri angkasa negara melalui pembangunan satelit penderiaan jauh," kata laporan itu.

Astronautic Technology ialah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, yang diselia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mandat utamanya adalah untuk membangunkan teknologi angkasa lepas dan satelit yang memfokuskan dalam penyelidikan dan pembangunan yang menggunakan teknologi canggih serta inovatif untuk industri angkasa lepas.

-- BERNAMA