Terdapat 2822 berita berdasarkan kata kunci carian "tutup"

Bursa Malaysia Tinggi Semasa Awal Dagangan, KLCI Kekal Di Atas Paras 1,680

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Isnin menjejaki kenaikan Wall Street pada minggu lepas, apabila sentimen pelabur yang bertambah baik meningkatkan minat belian.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan ketika ia bergerak menuju ke paras US$4,600 setiap auns troy.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Walaupun Meningkat Dalam Dagangan Awal

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun diniagakan sederhana tinggi pada sesi awal, disokong oleh kenaikan minyak pesaing terutama minyak bunga matahari dan minyak kacang soya serta momentum peningkatan harga tenaga.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Data Pekerjaan AS, Keputusan Berkaitan Tarif

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati dari segi pegangan menjelang data pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini serta kemungkinan keputusan Mahkamah Agung berkaitan tarif era Presiden AS Donald Trump, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kenaikan harga emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Cecah Paras Tertinggi Lebih Daripada 6 Tahun

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun susulan pembelian berterusan dalam saham mewah, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, seiring dengan pergerakan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Momentum Belian Bertambah Baik

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat dengan dagangan kebanyakannya tertumpu kepada kaunter berwajaran tinggi utama.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengumuman Pembayaran Gaji Bukan Ladang

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) --  Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dipengaruhi oleh peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) ketika pasaran global akan memberi tumpuan terhadap pengumuman pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kekukuhan Harga Di Bursa Komoditi Dalian dan CBOT

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Konrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan harga yang lebih kukuh di Bursa Komoditi Dalian (DCE) dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) semasa waktu dagangan Asia, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini.