11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini dan dijangka mengekalkan dagangan dalam jajaran kecil seiring dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memulakan mesyuarat dua harinya bermula hari ini.
12hari ago
GEORGE TOWN, 8 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperluas rangkaiannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi pelancaran laluan baharu ke Singapura dan Kualanamu, Medan, sekali gus memperteguh peranan Pulau Pinang sebagai laluan masuk utara dan mengukuhkan kesalinghubungan serantau.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025.
12hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS semasa ditutup pada Isnin berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari bermula esok di Amerika Syarikat.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara Islam lain perlu memperkukuh penyelarasan dan keterlibatan untuk mendorong perdagangan antara negara OIC, kata bekas Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
12hari ago
IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air memperluas laluan domestik apabila melancarkan perkhidmatan bagi laluan Ipoh-Singapura mulai hari ini.
12hari ago
LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- Kalangan negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia memerlukan perlindungan siber lebih kukuh seiring usaha mempercepat penerimagunaan dan pelaksanaan digital, kata Amazon Web Services (AWS).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan pagi ini, diasak aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat penutupan lebih positif pada Jumaat lepas.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kerjasama yang lebih erat dalam kalangan komuniti perniagaan Muslim global diperlukan bagi memperkasakan keupayaan ekonomi kolektif Islam serta melonjakkan kedudukan umat Islam sebagai pemain utama pasaran, kata Presiden Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri jualan bersih selama dua minggu berturut-turut di Bursa Malaysia apabila kembali semula sebagai pembeli bersih dengan pembelian bernilai RM11.6 juta.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.