BERITA TERKINI   Liga Super: NSFC 1-1 KL City | Liga Super: Sabah FC 1-3 DPMM FC | Liga Super: JDT 4-1 Kelantan TRW FC | Super League: JDT 4-1 Kelantan TRW FC | 

Terdapat 1683 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Dagangan Pagi Bursa Malaysia Berakhir Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini rendah dengan tekanan jualan ketara dilihat merentasi pasaran, selari dengan pergerakan pasaran serantau yang lemah susulan ketiadaan pemangkin baharu.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat dan rendah dalam dagangan awal berikutan kekurangan pemangkin baharu dalam sentimen yang kurang menggalakkan susulan penutupan Wall Street sempena Thanksgiving Day.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pelabur Jual Saham Telekomunikasi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, diheret turun oleh penjualan saham mewah terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Susut Pada Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut pada sesi akhir dagangan pagi hari ini, berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dan menghentikan aktiviti pembelian pada harga rendah, meskipun pasaran serantau menunjukkan prestasi memberangsangkan.

FBM KLCI Dibuka Tinggi Jejaki Pengukuhan Prestasi Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan dalam persekitaran sentimen yang semakin positif selepas pengukuhan di Wall Street dan pasaran global.

Untung Bersih Suku Ketiga MBSB Susut Kepada RM95.64 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM95.64 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM122.08 juta pada tahun sebelumnya.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kembali Kukuh Dan Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi dan sentimen lebih baik di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Untung Bersih Petronas Dagangan Susut Kepada RM281.25 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025 berbanding RM335.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Untung Bersih AMMB Holdings Meningkat Kepada RM534.58 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM534.58 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 daripada RM500.57 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Teruskan Momentum, Indeks Utama Bursa Malaysia Naik 8.93 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan pada tengah hari ini ketika pelabur mengalihkan semula minat terhadap saham-saham wajaran tinggi susulan sentimen positif di pasaran serantau.

Bursa Gantung Jualan Singkat Harian D&O Green Tech

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia Melantun Pada Sesi Awal Dipacu Jangkaan Kadar Faedah AS Turun

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.