Terdapat 145 berita berdasarkan kata kunci carian "mohd uzir"

Harga Eksport Malaysia Naik 0.1 Peratus, Harga Import Meningkat 0.3 Peratus Pada Februari

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada Februari 2025 naik 0.1 peratus daripada 151.2 mata pada bulan sebelumnya manakala indeks nilai seunit import juga meningkat 0.3 peratus kepada 128.1 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Catat Kenaikan Sederhana 0.3 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama)  -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan peningkatan tahun ke tahun 0.3 peratus pada Februari 2025, lebih perlahan berbanding kenaikan 0.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 20.8 Peratus Pada Januari 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Nilai Jualan Sektor Pembuatan Malaysia Naik 3.5 Peratus Kepada RM158.1 Bilion Pada Januari - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- - Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perdagangan Borong, Runcit Catat Pertumbuhan 4.6 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM148.9 Bilion Pada Januari 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia memulakan 2025 dengan jumlah jualan RM148.9 bilion pada Januari, merekodkan pertumbuhan 4.6 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Naik Kepada 2.1 Peratus Pada Januari 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) meningkat kepada 2.1 peratus tahun ke tahun, dipacu pertumbuhan output sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Kaji Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Susulan Penerimagunaan SNA 2025

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka menghalusi unjuran pertumbuhan ekonomi susulan penerimagunaan Sistem Akaun Negara 2025 (SNA 2025) bagi meningkatkan ketepatan dan rangka kerja statistik yang lebih komprehensif, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

MRCA, DOSM Jalin Kerjasama Tingkatkan Analisis Data Sektor Peruncitan

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bekerjasama untuk mempertingkatkan pengumpulan dan analisis data dalam sektor runcit.

Pengeluaran Gas Asli Malaysia Meningkat 3.0 Peratus Pada 2024 -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran Gas asli Malaysia meningkat tiga peratus kepada 2,948.8 bilion kaki padu pada 2024, pulih semula daripada penurunan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 0.8 Peratus Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2025 dan meneruskan peningkatan 0.5 peratus dicatatkan pada Disember 2024.

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Tujuh Negeri Melepasi Kadar Nasional 81.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sebanyak tujuh negeri melepasi kapasiti penggunaan industri pembuatan bagi kadar nasional pada 81.9 peratus bagi suku keempat 2024 berbanding 79.9 peratus untun tempoh sama pada 2023, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).