1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan sebelum ini, ketika pelabur giat melakukan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Jumaat, dibuka mencecah lagi paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lima tahun di tengah-tengah minggu urus niaga yang singkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan hari ini meneruskan kenaikannya bagi sesi dagangan kelima berturut-turut susulan penyertaan kukuh dalam pasaran dan sentimen domestik yang semakin baik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dibuka rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti dagangan lazimnya lebih perlahan pada minggu cuti.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan momentum kenaikannya untuk sesi keempat berturut-turut dipacu oleh sokongan berterusan daripada pelabur institusi domestik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan awal Isnin dengan lebih rendah susulan tekanan jualan sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selepas pasaran mencatat keuntungan, sebelum ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu hadapan, berlegar antara RM4.07 hingga RM4.09 berbanding dolar US selepas ia mencecah paras tertinggi hampir enam tahun semalam.