Terdapat 886 berita berdasarkan kata kunci carian " sasaran"

MAHB Sentiasa Pantau Keadaan Cuaca Semasa Bagi Kelancaran Operasi Penerbangan

SEPANG, 28 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa memantau dan peka terhadap sebarang perkembangan cuaca tidak menentu pada masa ini, termasuk bekerjasama dengan pihak berkaitan dalam memastikan kelancaran operasi penerbangan.

CGS International: Tenaga Malaysia Perlu Dipelbagaikan Untuk Tangani Permintaan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepatkan usaha untuk mempelbagaikan campuran tenaganya bagi menangani lonjakan permintaan selain mencapai matlamat sifar bersih 2050, menurut pandangan yang dilontarkan semasa Persidangan Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) CGS International.

Bhutan Sasar Perkukuh Hubungan Dagang Dengan Malaysia Menjelang 2027-2028

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bhutan sedang mempertimbangkan untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia berikutan melihat potensi besar untuk memperluas eksportnya ke negara ini menjelang 2027 hingga 2028.

Bursa Gantung Jualan Singkat Harian D&O Green Tech

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.

Malaysia Diiktiraf Ekonomi Digital Paling Pesat Berkembang, Sasar Capai US$39 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia kini merupakan ekonomi digital yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (SEA), dengan peningkatan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun, dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$39 bilion (US$1=RM4.13) tahun ini. 

Perniagaan Digesa Percepat Guna AI Menjelang Sasaran 2030

PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Industri digesa mempercepat peralihan mereka kepada model perniagaan berteraskan kecerdasan buatan (AI) berikutan lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal dalam negara memacu ke arah matlamat 2030.

Projek ECRL Catat Kemajuan Keseluruhan 89 Peratus Setakat Oktober 2025 - CEO MRL

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Pelabuhan Klang Kini Antara 10 Pelabuhan Kontena Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.

Afrika Selatan Rakan Dagang, Pelaburan Penting Malaysia - Tengku Zafrul

Daripada M. Saraswathi

JOHANNESBURG, 23 Nov (Bernama) --Hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Kesatuan Afrika, khususnya Afrika Selatan menjadi keutamaan kepada negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sime Darby Property Yakin Capai Sasaran Jualan RM3.6 Bilion Dan GDV RM4 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan RM3.6 bilion dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dalam pelancaran sebanyak RM4 bilion untuk tahun kewangan 2025.

Perjanjian Dengan Negara Lain Tidak Jejas Hubungan Malaysia-China, Kata TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Tindakan pemeteraian perjanjian dengan mana-mana negara lain tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan China yang terus utuh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Johor Catat Pelaburan Komited Tertinggi RM91.1 Bilion Sehingga Suku Ketiga 2025 - Exco

ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.