Terdapat 92 berita berdasarkan kata kunci carian " perdagangan digital"

China, Malaysia Perlu Tingkatkan Komunikasi, Penyelarasan Dalam Pelbagai Isu - Duta

SEPANG, 5 Dis (Bernama) -- China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau, menyokong satu sama lain dengan baik, menentang dasar perlindungan serta menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing. 

ASEAN-BAC Malaysia Sasar Kukuhkan Hubungan Ekonomi Serantau

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia komited untuk memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat di rantau ini semasa negara ini bersedia untuk memegang jawatan pengerusi tahun depan.

MNZFTA : Sektor Digital, Halal Antara Potensi Kerjasama Perdagangan Malaysia, New Zealand

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Kajian skop bagi memperkukuh Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand (MNZFTA), bakal meliputi bidang kerjasama baharu seperti perdagangan digital dan pengiktirafan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

10 PKS Dipilih Sebagai Pemenang Utama Bagi Kohort Kedua ECX 2024 Selangor

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sebanyak 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dipilih sebagai pemenang utama bagi kohort kedua “E-Commerce Xccelerator (ECX) 2024” Selangor anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Strategi Pengkomersialan Global Mampu Pacu Syarikat Pemula Malaysia - MDEC

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

DUBAI, 16 Okt (Bernama) -- Tumpuan Malaysia terhadap strategi pengkomersialan global mampu menyuntik impak ekonomi meluas bagi syarikat pemula niaga dan firma teknologi tempatan yang berhasrat meluaskan perniagaan, terutamanya ketika negara berusaha menjadi gerbang digital untuk ASEAN.

Pendedahan Global Diperlukan Untuk Tingkatkan Syarikat Teknologi Tempatan - MDEC

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

DUBAI, 13 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menekankan kepentingan mendedahkan syarikat teknologi digital tempatan kepada amalan terbaik antarabangsa untuk membantu mereka berkembang melangkaui pasaran Malaysia, menarik pelaburan asing dan memupuk bakat (pekerja berkemahiran).

PMKS Harus Peroleh Manfaat Daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital - Tengku Zafrul

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN seharusnya mendapat manfaat daripada jangkaan nilai ekonomi berjumlah US$2 trilion dijana daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) menjelang 2030.

Tetingkap Tunggal Malaysia Mudahkan Perdagangan Malaysia Dan China - MITI

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akan diharmonikan bersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.