3bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mempergiat usaha untuk menempatkan dirinya sebagai hab global bagi industri semikonduktor, selaras dengan matlamat strategik kerajaan untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai ke arah reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan termaju.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) berpangkalan di Korea Selatan, JC Chemical Co Ltd menyatakan minat untuk membuka kilang pemprosesan Minyak Masak Terpakai (UCO) Bertapis di Malaysia untuk digunakan sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).
3bulan ago
Oleh Aisha Hani Nor Azmir
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan tiga syarikat bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Sabah menjadi negeri pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di Malaysia dengan kadar pengeluarannya sebanyak 4.27 juta tan pada 2024, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
3bulan ago
JOHOR BAHRU, 29 Okt (Bernama) -- OTS Holdings Ltd, pembina jenama dan kumpulan pengeluar makanan mengembangkan kapasiti pengeluaran halal mereka dengan membuka kemudahan pembuatan makanan termaju yang baharu bernilai RM40 juta di Simpang Renggam, Johor.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ichia Technologies, Inc., peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Taiwan membuka kilang pembuatan canggih keduanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.
3bulan ago
OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.
3bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ketika ini, dilihat sebagai isyarat kukuh penglibatan semula negara maju itu dengan blok serantau berkenaan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sepuluh syarikat Malaysia meneraju usaha mencapai matlamat ekonomi kitaran negara dengan menandatangani Ikrar Sifar Sisa ke Tapak Pelupusan (ZWTL), satu inisiatif oleh Control Union Malaysia yang bertujuan menggalakkan pengurusan sisa dan pemulihan sumber secara bertanggungjawab di seluruh sektor perindustrian negara.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada peringkat akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) dan berharap dapat memuktamadkan perjanjian itu pada Ahad di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan ujian THMY Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan premium kukuh sebanyak 158 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 31 sen.
3bulan ago
SIBU, 21 Okt (Bernama) -- Transformasi industri getah Sarawak menerusi kerjasama komuniti dan korporat akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh sektor komoditi di negeri ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.