7bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru dunia Islam untuk bekerjasama dan mengukuhkan asas, bermula dengan ekonomi, terutamanya dalam Industri Halal yang dianggarkan bernilai US$3 trilion.
7bulan ago
KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama bertemakan digitalisasi pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025), sekali gus merupakan acara kemuncak, memasuki hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Persekutuan Rusia.
7bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN (Tatarstan) 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Republik Tatarstan mempunyai potensi besar untuk diterokai dan Malaysia bersedia untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan ekonomi seperti pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal di Kazan.
7bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN, 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di pusat pengajian terkenal di Rusia, Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).
7bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Unjuran pasaran Malaysia kekal positif susulan penangguhan selama 90 hari rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).
7bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan rasmi hari keduanya ke Rusia dengan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama para pemimpin industri Persekutuan Rusia.
7bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
MOSCOW, 13 Mei (Bernama) -- Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin akan membantu Malaysia memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang bagaimana ia boleh beralih daripada menjadi negara rakan kongsi kepada anggota penuh BRICS.
7bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
MOSCOW, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Rusia akan meneroka cara untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan selain kelancaran transaksi yang bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melancarkan kaji selidik berskala nasional sebagai sebahagian daripada Kajian Semula Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital yang dijalankan di bawah seksyen 11 Akta Persaingan 2010.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, diniagakan dalam julat yang lebih meluas dalam ketidaktentuan berterusan berikutan tarif global dan data ekonomi yang lemah, kata ahli ekonomi.
8bulan ago
LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 7 Julai, 2025.