Terdapat 3898 berita berdasarkan kata kunci carian " industri"

Richmond Asia Group Sasar Kembangkan Portfolio 20 Hotel Di Malaysia Menjelang 2033

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group merancang untuk mengembangkan portfolio hospitalitinya di Malaysia bagi merangkumi sehingga 20 hotel dalam tempoh lapan tahun lagi.

Pasaran Getah Dijangka Alami Sedikit Turun Naik Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mengalami sedikit turun naik minggu depan, dengan kecenderungan untuk harga bergerak sedikit meningkat susulan keadaan cuaca terus menjejaskan pengeluaran, kata pakar industri Denis Low.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Cecah Paras Tertinggi Lebih Daripada 6 Tahun

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun susulan pembelian berterusan dalam saham mewah, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

EXIM Bank Malaysia Meterai MoU Dengan Firma Turkiye Tingkat Perdagangan Dua Hala, Pelaburan

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian antara EXIM Bank Malaysia dan beberapa syarikat Turkiye memperkukuh lagi kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala di samping menyokong pengembangan antarabangsa selaras dengan objektif kepelbagaian perindustrian negara.  

Yayasan Peneraju Perkenal Pakej Asas Percepat Kemahiran AI Bumiputera

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Yayasan Peneraju (YP) melengkapkan skim pembiayaannya dengan memperkenalkan pakej asas yang akan ditawarkan mulai esok 9 Jan, 2026, bertujuan mempercepat kemahiran tambahan bumiputera dalam latihan kecerdasan buatan (AI).

Belian Saham Perbankan Pacu FBM KLCI Naik 0.34 Peratus Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan indeks petunjuk utama naik 0.34 peratus dipacu oleh sokongan belian bagi saham-saham perbankan.

Sektor REIT Malaysia Positif, Pendapatan Diunjur Tumbuh Pada 9 Peratus -- Maybank IB

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan pendirian positifnya terhadap sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) bagi tahun ini, didorong oleh persekitaran kadar faedah yang stabil serta pemulihan permintaan dipacu oleh pelancongan.

MIVSB, ACSB Bekerjasama Perluas Teknologi Mendalam Malaysia Ke Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- MIMOS International Venture Sdn Bhd (MIVSB) menjalinkan kerjasama strategik dengan ALAA Consultancy (M) Sdn Bhd (ACSB) bagi memperluas teknologi mendalam Malaysia ke pasaran global.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Momentum Belian Bertambah Baik

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat dengan dagangan kebanyakannya tertumpu kepada kaunter berwajaran tinggi utama.

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Turkiye Perkukuh Hubungan Perdagangan, Pelaburan - MATRADE

Daripada Muhammad Saufee Rosman

ISTANBUL, 9 Jan (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye membuka ruang baharu untuk memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan republik itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Abu Bakar Yusof.

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Turkiye Sebahagian Daripada Usaha MITI Perkukuh FTA - Johari

Daripada Muhammad Saufee Rosman

ISTANBUL, 9 Jan (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye merupakan sebahagian daripada usaha strategik Malaysia untuk mengkaji semula dan memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia ada, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Brahim’s Rancang Kembang Dapur Katering Di PIA Tahun Ini, Tampung Peningkatan Permintaan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Brahim’s Dewina Group of Companies (Brahim’s) merancang mengembangkan dapur katering dalam penerbangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) tahun ini bagi menampung permintaan yang semakin meningkat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.