4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini akan memperkukuh asas bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada, dengan memberi tumpuan pada memantapkan aturan menentukan asal suatu produk dan protokol perdagangan digital.
4bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Sidang Kemuncak Mesyuarat Pemimpin Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dianjurkan Malaysia buat pertama kali pada Oktober depan dilihat sebagai peluang tepat pada masanya untuk Putrajaya memperkukuh kes bagi perdagangan bebas ketika dasar perlindungan semakin meningkat, kata pakar ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Hubungan ekonomi lebih rapat (CER) di antara ASEAN, Australia dan New Zealand diperkukuh menerusi rangka kerja seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang lebih meluas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tumpuan hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 hari ini, bakal terarah kepada sesi perundingan antara kalangan menteri perkumpulan itu dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran sedang pesat membangun dijangka menjadi enjin utama pertumbuhan pada masa depan, dengan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik dilihat sebagai mempunyai potensi yang besar, demikian menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Persaingan ASEAN (AFAC) menghantar mesej kukuh kepada komuniti global bahawa kumpulan itu komited sepenuhnya terhadap keadilan, ketelusan dan integriti dalam pasarannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Walaupun menghadapi ketidaktentuan global yang berterusan, ASEAN terus mengekalkan kekuatan uniknya dengan menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang besar khususnya dalam sektor seperti pendigitalan, tenaga lestari, pembuatan bernilai tinggi dan perkhidmatan kewangan.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Peranan Malaysia selaku pengerusi ASEAN dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan di Asia Tenggara, serta mengukuh integrasi menerusi kesalingbergantungan penting untuk kelangsungan ekonominya di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) – Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (ASEM) ke-57, dijangka meneliti Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) selain membincangkan usaha memajukan integrasi serantau ketika rantau ini mengharungi cabaran realiti ekonomi global.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan, bermula pagi ini bagi membincangkan usaha memperkukuh integrasi ekonomi serantau serta menangani isu utama perdagangan dan pelaburan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- S&P Global Ratings (S&P) mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A-’ dengan tinjauan stabil, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan memandangkan para peniaga masih menilai situasi pasaran global.