14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berikutan pelabur kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk melepasi semula paras 4.00 minggu depan.
14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung selepas ketegangan geopolitik mereda.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.
14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit melepasi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992 hari ini, didorong kekukuhan prospek ekonomi Malaysia, keredaan ketegangan geopolitik serta keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman.
14hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup tinggi, mengekalkan paras tertinggi selama lebih enam tahun, didorong oleh minat belian berterusan dalam saham teknologi manakala pengukuhan ringgit berbanding dolar AS terus meningkatkan sentimen pelabur.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi.
14hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
15hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas ditutup kukuh sehari sebelum itu.
15hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik, kata seorang penganalisis.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan rekod kenaikan tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan prestasi di pasaran tunai.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR).