Terdapat 1816 berita berdasarkan kata kunci carian " ac"

Kerajaan Sasar Tingkat Nilai Eksport Nanas Kepada RM2 Bilion Menjelang 2027

KUALA KUBU BHARU, 14 Jan (Bernama) -- Kerajaan menyasar meningkatkan nilai eksport nanas negara kepada RM2 bilion menjelang 2027 sejajar dengan usaha memperkukuh pembangunan industri itu yang kini dilihat sebagai komoditi strategik bernilai tinggi.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah berikutan penjualan dalam saham wajaran tinggi indeks, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan utiliti telah memberi kesan kepada pasaran.

FBM KLCI Dibuka Rendah Tetapi Kekal Melepasi Paras 1,700 Pada Awal Dagangan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini selepas mencatat paras tertinggi dalam tempoh melebihi enam tahun, dipengaruhi oleh sentimen negatif susulan prestasi semalaman Wall Street walaupun indeks penanda aras melebihi paras 1,700.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Kukuh Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup kukuh melonjak kepada 1,708.20, paras tertingginya dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street dan minat belian asing yang berterusan.

5E Resources Dapat Kelulusan Bursa Untuk Disenaraikan Di Pasaran ACE

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- 5E Resources Holdings Bhd (5E Resources), penyedia perkhidmatan pengurusan sisa mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.

Bursa Malaysia Naik 8.74 Mata, Teruskan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.

Sektor Hartanah Malaysia Akan Beralih Kepada Pertumbuhan Berdasarkan Fundamental -- Knight Frank

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Aktiviti utama dalam pasaran hartanah Malaysia kini tidak lagi memberikan gambaran lengkap mengenai dinamik pasaran yang mendasarinya.

IPO : Semico Capital Catat Premium 80 Peratus, Kumpul Modal RM23.2 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) --  Semico Capital Bhd mencatat kemunculan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga pembukaan 45 sen, sekali gus mencapai premium 80 peratus berbanding harga tawaran permulaan awam (IPO) pada 25 sen sesaham.

Bursa Malaysia Naik Pada Paras Tertinggi Baharu Dalam Enam Tahun Susulan Minat Belian Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.

Tenaga Boleh Baharu Berterusan Dapat Tampung Keperluan Pusat Data Di Malaysia -- IRENA

ABU DHABI, 12 Jan  (Bernama) -- Penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) berterusan atau tanpa henti (RTC) berpotensi menampung keperluan tenaga pusat data Malaysia yang kian ketara, kata Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA).

One Gasmaster Yang Akan Disenarai Di Pasaran ACE Sasar Kumpul RM19.38 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- One Gasmaster Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM19.38 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 27 Jan 2026.