Terdapat 1213 berita berdasarkan kata kunci carian " emp"

Malaysia Mahu Tingkatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas Jadi Hab Perdagangan Serantau

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk memodenkan dan mengembangkan kedua-dua Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas tahun ini dari segi meningkatkan kapasiti, menambah baik jumlah aliran barang dan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan serantau yang penting, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Aktiviti Buru Saham Pacu Kenaikan FBM KLCI, Jejak Prestasi Serantau Dan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kembali bangkit pada akhir dagangan Selasa berbanding penyusutan semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah di tengah-tengah momentum positif semalaman Wall Street dan prestasi pasaran serantau.

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif. 

Bursa Malaysia Rendah Setakat Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih rendah susulan tindakan pelabur menjual saham mewah terpilih bagi kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan.

Institusi Tempatan Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-11

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta.

Indeks FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan  Jumaat dengan lebih rendah, meneruskan penurunan susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat momentum peningkatan baru-baru ini.

FBM KLCI Turun 0.15 Peratus Ketika Akhiri Dagangan Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, susulan aktiviti pengambilan untung pada hari sebelumnya dan sejajar dengan pergerakan lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Pasaran Semalaman AS Alami Penurunan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat, walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau. 

PMI Pembuatan Malaysia Pada Disember Susut Kepada 48.6 – S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan mengikut musim susut kepada 48.6 pada Disember 2024 daripada 49.2 pada November, dengan peningkatan kos pada kadar paling perlahan dalam tempoh empat tahun setengah, sejak Jun 2020.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang rendah pada Disember dan prestasi Wall Street yang lemah. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari pertama dagangan 2025, menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).