1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia kekal positif pada September 2024, mencatat pertumbuhan tahunan 1.8 peratus untuk mencapai 111.5 mata berbanding 109.5 mata pada bulan yang sama setahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berjaya membantu seramai 612,692 usahawan melibatkan nilai pembiayaan berjumlah RM6.45 bilion bagi tempoh Januari hingga 30 September tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM183.18 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024, turun 7.4 peratus daripada RM197.86 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan harga purata minyak sawit pada RM3,900 setan untuk 2025, turun daripada anggaran RM4,050 setan pada 2024.
1tahun ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Perniagaan Malaysia digalakkan untuk meneroka peluang pelaburan di Kenya terutama dalam sektor pertanian yang memerlukan teknik pertanian pintar dan pengetahuan perindustrian serta industri halal.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diteraju oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti ketika bursa serantau mencatat prestasi bercampur-campur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia kini sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan rakan kongsi tempatan dalam rancangannya untuk memasang unit kenderaan elektrik (EV) di Malaysia seiring dengan pengecualian cukai untuk pemilik EV sehingga akhir 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Industri pembuatan mencapai kadar kapasiti penggunaan 82.4 peratus pada suku ketiga 2024 (S3 2024), meningkat 3.0 mata peratusan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022 hingga September 2024, kata Timbalan Kementerian Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah merancang langkah strategik untuk memastikan keupayaan memenuhi permintaan tambahan daripada perkembangan pesat pusat data.
1tahun ago
RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.