1tahun ago
DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menyasar untuk memberi keutamaan kepada tenaga dan ketersambungan dengan tumpuan membina kepercayaan dan keterangkuman dalam kalangan negara anggota.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, dipengaruhi kebimbangan mengenai permintaan berkurangan dari India susulan harga minyak alternatif yang lebih murah, kata peniaga.
1tahun ago
Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland) 22 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Selatan Global seperti BRICS perlu mengambil pendirian berikutan struktur kewangan antarabangsa melalui Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan pembaharuan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) -- Capitaland Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM163.66 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus tahun ini memandangkan tetapan semasa kekal akomodatif terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan menunjukkan aliran bercampur-campur pada Rabu berikutan sentimen menjadi lemah selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayangkan hasratnya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data yang menunjukkan penurunan kadar inflasi Malaysia, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka mengukuh pada tahun ini di walaupun terdapat amaran mengenai kemungkinan berlakunya ketidaktentuan pasaran, kata Manulife Investment Management.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu menggunakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Strategi Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini telah dirangka dengan teliti, kata pakar ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.