BERITA TERKINI   AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | 

Terdapat 931 berita berdasarkan kata kunci carian " akses"

Kerjasama UPM-NXP Pacu Daya Saing Malaysia Dalam Pasaran Semikonduktor Global

SERDANG, 3 Okt (Bernama) -- Universiti Putra Malaysia (UPM) dan syarikat semikonduktor NXP Malaysia memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) bagi menjalin kerjasama strategik untuk meningkatkan pertumbuhan industri semikonduktor dan elektronik Malaysia.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

TNG Digital Gesa Kerajaan Lanjutkan Pengecualian SST Perkhidmatan Digital

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengendali TNG eWallet, TNG Digital Sdn Bhd menggesa kerajaan agar kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital dalam Belanjawan 2025.

Konglomerat Indonesia Puji Tindakan Afirmatif Anwar Jaga Kepentingan Bumiputera

Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) -- Pendekatan dasar tindakan afirmatif oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera dilihat sebagai satu langkah positif, kata bekas Menteri Ekonomi Indonesia, Chairul Tanjung.

Sunzen Beli 70 Peratus Kepentingan Ekuiti Eye Nation Bagi Teroka Pasaran Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Sunzen Biotech Bhd (Sunzen) membeli 70 peratus kepentingan ekuiti dalam Eye Nation Medical Sdn Bhd (Eye Nation), sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan peralatan diagnostik perubatan optik.

Belanjawan 2025: MBAM Harap Cukai, Duti Lebih Rendah Ke Atas Jentera Pembinaan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Cukai dan duti yang lebih rendah ke atas jentera pembinaan, peningkatan akses kepada pembiayaan dan kadar faedah yang munasabah untuk peserta industri dan pembina adalah antara cadangan Belanjawan 2025 yang dikemukakan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM).

Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

MITI Lancar Laporan Kelestarian 2023, Pastikan Industri Peroleh Akses Pasaran Lestari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan industri mendapat akses kepada pasaran lestari, serta mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sumber, mengukuhkan tadbir urus dan mencapai sasaran sifar bersih negara.

Gaji Rendah Antara Punca Simpanan KWSP Tidak Mencukupi - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi antara faktor utama yang menyebabkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara Akan Tumpu Empat Teras Utama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.

GLIC Tegaskan Komitmen Sokong Kerangka Ekonomi Madani, Pacu Pertumbuhan

JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus menegaskan komitmen bersama bagi menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.

Belanjawan 2025: Bon Hijau, Rebat Cukai Bantu Firma Telekomunikasi Beralih Kepada TBB

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Langkah memperkenalkan bon hijau yang kompetitif, pengurangan atau rebat cukai menerusi Belanjawan 2025 akan menggalakkan syarikat termasuk firma telekomunikasi untuk beralih kepada tenaga boleh baharu (TBB) dalam operasi masing-masing.