1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) dan EDOTCO Group telah menyiapkan pemasangan 5G In-Building Solutions (IBS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) (KLIA2) untuk meningkatkan ketersambungan untuk pengembara dan pelawat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan sokongan mereka kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-14 berturut-turut, mencatatkan belian bersih sebanyak RM551.6 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kelebihan dan kekuatan ASEAN sentiasa disuarakan di pentas global oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan beliau, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk menjana kemakmuran di rantau ini.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody’s terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- ASEAN sedang mempergiatkan inisiatif tenaga hijau dan inovasi digital untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan dan mengekalkan peranannya dalam perdagangan global di tengah-tengah dinamik AS-China yang berkembang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan disokong operasi Bank Negara Malaysia untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Moody’s Ratings (Moody’s) mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A3’ dengan tinjauan ‘Stabil’ di samping menyatakan prospek pertumbuhan jangka sederhana Malaysia yang memberangsangkan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan dalam julat kecil berikutan tempoh dagangan singkat susulan cuti umum sempena perayaan.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan lengang minggu depan berikutan perayaan Tahun Baharu Cina, menurut peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh.