1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Cadangan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM900 juta bagi Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat menerusi Belanjawan 2025, mampu menangani keperluan kritikal terhadap pilihan perumahan mampu milik di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia turun sedikit pada tengah hari ini di tengah-tengah dagangan berhati-hati di pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura merupakan dua negara di ASEAN yang mempunyai biro kredit mantap yang mengumpul data meluas daripada pelbagai sumber, disokong oleh tahap penembusan perbankan tinggi dalam ekonomi mereka, kata Moody’s.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Selepas jualan selama tiga minggu, pelabur asing beralih kepada belian ekuiti domestik, menjana aliran masuk yang ketara sebanyak RM404.1 juta minggu lepas berbanding aliran keluar sebanyak RM45.7 juta dicatatkan pada minggu sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus untuk 2025 adalah munasabah, kata ahli ekonomi kanan ASEAN OCBC Malaysia, Lavanya Venkateswaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang teguh dan prospek pertumbuhan menggalakkan akan diperkukuh melalui pembaharuan struktur sedia ada dan pasaran kewangan domestik berdaya tahan demi menarik pelaburan berkualiti tinggi seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis susulan kelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) global dijangka dipengaruhi oleh dasar bank pusat, perkembangan geopolitik dan keputusan pilihan raya utama bagi tempoh berbaki tahun 2024, kata Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024, melonjak 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Wasco Bhd telah meraih kemenangan berganda di Anugerah Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) The Edge Malaysia 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada Taksonomi ASEAN melalui Lembaga Taksonomi ASEAN yang dianggotai kalangan bank pusat, pihak kawal selia sekuriti dan kawal selia insurans.