BERITA TERKINI   Kerajaan setuju bayar RM200 sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | Pas MyKLIA Monthly TravelCard dan MyPutrajaya Monthly TravelCard boleh dibeli mulai 24 April hingga 1 Julai 2026 - Loke | Perkhidmatan aerotrain di KLIA dijangka kembali beroperasi 24 jam hujung bulan ini - Loke | 

Terdapat 8997 berita berdasarkan kata kunci carian " mer"

Crest Group Mohon Sokongan Kerajaan Bangunkan Bakat Semikonduktor Dalam Belanjawan 2025 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Crest Group Bhd yang membuat kemunculan di Pasaran ACE, menggesa kerajaan supaya mengutamakan pembangunan bakat dan menarik pelaburan asing bagi meningkatkan pertumbuhan industri semikonduktor dalam Belanjawan 2025 akan datang.

MPOB, M-FICORD Sarawak Anjur Program Pemindahan Teknologi Pada 14 Oktober

KUCHING, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Kelapa Sawit Sarawak (TOT Sarawak 2024) di sini pada 14 Oktober ini.

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Saham Pertama Digital

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Jualan Singkat Harian (IDSS) saham Pertama Digital Bhd digantung  sekali lagi bagi tempoh dagangan hari ini selepas harga terakhir bagi sekuriti yang diluluskan itu merosot lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Agihan Pendapatan AHB 5.00 Sen Bagi Tahun 2024

KUALA LUMPUR, 9 Okt 0(Bernama) -- Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen bagi tahun 2024.

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

PMKS Harus Peroleh Manfaat Daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital - Tengku Zafrul

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN seharusnya mendapat manfaat daripada jangkaan nilai ekonomi berjumlah US$2 trilion dijana daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) menjelang 2030.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) --  Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kesan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Perdana Petroleum Raih Kontrak Bernilai RM19.1 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Petroleum Bhd (PPB), melalui anak syarikat milik penuh Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB) menerima kontrak bernilai RM19.1 juta bagi membekalkan bot kerja penginapan kepada DESB Marine Services Sdn Bhd. 

KDNK 2024 Malaysia Diyakini Atasi Sasaran Pertumbuhan - Amir Hamzah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan mengatasi sasaran bagi 2024 dipacu oleh kekukuhan dasar fiskal dan komitmen berterusan terhadap pembaharuan berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

ASEAN Harus Pastikan Sambungan Grid Kuasa Menjadi Realiti - Sarawak Energy

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negara-negara anggota ASEAN perlu memastikan bahawa kesalinghubungan grid kuasa mereka menjadi kenyataan kerana peralihan tenaga tidak akan berlaku tanpa kesalinghubungan di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Bhd Datuk Sharbini Suhaili.

PIAM Lantik Chua Kim Soon Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah melantik Chua Kim Soon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, menggantikan Julie Lean Gim Chong, berkuat kuasa 7 Okt 2024.

Asia Mesti Menangani Perubahan Iklim Dan Permintaan Tenaga Yang Meningkat

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Negara-negara Asia mesti menangani dua isu penting iaitu perubahan iklim dan permintaan tenaga yang semakin meningkat bagi memenuhi cita-cita ekonomi mereka, kata Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Power Takao Tsukui.