BERITA TERKINI   Subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu susulan kenaikan harga minyak dunia - PM Anwar | Kerajaan komited perkukuh dasar, pelaksanaan dalam sektor air melalui pendekatan lebih mampan, bersepadu - Fadillah | Malaysia berdepan isu kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang masih tinggi di beberapa negeri - Fadillah | 

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Saham Pertama Digital

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Jualan Singkat Harian (IDSS) saham Pertama Digital Bhd digantung  sekali lagi bagi tempoh dagangan hari ini selepas harga terakhir bagi sekuriti yang diluluskan itu merosot lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Menerusi laman web, Bursa Malaysia mengumumkan bahawa IDSS saham syarikat itu hanya akan diaktifkan semula pada Khamis, 10 Okt pada pukul 8.30 pagi.

Pada pukul 10.30 pagi, saham Pertama Digital, yang dibuka pada 33 sen seunit, susut kepada 28.5 sen dengan 159.29 juta saham bertukar tangan.

Semalam, Bursa Malaysia mengumumkan IDSS untuk saham Pertama Digital digantung selepas harga terakhirnya susut lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

-- BERNAMA