Terdapat 9586 berita berdasarkan kata kunci carian " itu"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Belian Asing Hambar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga.

Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.

MyDigital ID Pilihan Log Masuk Tambahan myTNB Mulai Awal 2025 - TNB

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) membolehkan pelanggan menggunakan MyDigital ID bagi tujuan log masuk tambahan platform myTNB bermula awal tahun depan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Penurunan Harga Minyak Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.

Sektor Tenaga Hijau Mampu Tarik Pelaburan Langsung Asing Ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Sektor tenaga hijau berpotensi besar untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia seiring dengan komitmen global terhadap sumber tenaga yang lestari.

Khazanah Lancar Jelawang Capital, Pacu Ekosistem Modal Teroka Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.

K-One Cadang Terbit Waran Percuma, 1 Waran Bagi Empat Saham Biasa Sedia Ada

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- K-One Technology Bhd bercadang untuk menerbitkan sehingga 208 juta waran percuma D dalam syarikat berasaskan satu waran bagi setiap empat saham biasa sedia ada yang dipegang.

Maxim Group Laksana Perjanjian Kemudahan Perbankan Bernilai RM76 Juta Untuk Beli Tanah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik 70 peratus Maxim Global Bhd, Maxim Icon Sdn Bhd melaksanakan perjanjian kemudahan perbankan dengan Maybank Islamic Bhd bernilai RM76 juta.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini didorong oleh pembelian semasa harga murah, kata seorang penganalisis.

SEGIM Langkah Proaktif Malaysia Wujud Ekosistem Ekonomi Gig Lebih Mampan

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SEGiM) menjadi bukti jelas tindakan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif bagi membentuk ekosistem ekonomi gig yang lebih mampan dan inklusif. 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US pada Isnin dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata seorang penganalisis.