Terdapat 1413 berita berdasarkan kata kunci carian "ringgit"

Tarif AS: Semakan Semula KDNK Akan Berlandaskan Analisis Impak Menyeluruh - Amir Hamzah

Oleh Nur Athirah Mohd Dhaharuddin

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Sebarang perubahan kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5-5.5 bagi 2025 akan berlandaskan analisis impak menyeluruh yang dijalankan oleh Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Peningkatan Ketegangan Perdagangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunan mata wang Asia yang lain susulan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.

Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh kerugian di pasaran getah serantau dan penurunan dalam penanda aras harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Strategi Malaysia Tangani Kejutan Tarif, Daripada Gangguan Kepada Penciptaan Semula Institusi

Oleh CW Sim

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas ke atas Malaysia pada 2 April, 2025, ia terbukti hanya menyemarakkan kebimbangan di serata Asia Tenggara.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Kebimbangan Kemelesetan Global Meningkat Susulan Semakan Semula KDNK Ekonomi Utama

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Kebimbangan terhadap kemelesetan global semakin meningkat susulan semakan semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China baru-baru ini, selain pengumuman tarif timbal balik baharu oleh Presiden Donald Trump.

Tarif Baharu AS Dijangka Beri Sedikit Impak Terhadap Ekonomi Negara --PM Anwar

MELAKA, 5 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.41-4.442 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Lebih Rendah Minggu Depan Berikutan Tarif AS, Unjuran Global Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan prospek permintaan global, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) - Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan tarif timbal balik yang dikenakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Malaysia Mampu Depani Krisis Ekonomi Jika Perang Perdagangan Tercetus - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) –  Malaysia berupaya mendepani sebarang krisis ekonomi yang mungkin timbul susulan kebimbangan tarif menyeluruh yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas 168 negara termasuk Malaysia akan mencetuskan perang perdagangan global.

Reaksi Tarif AS Dorong Ringgit Dibuka Susut Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Ringgit mencatat penyusutan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, diasak tekanan susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif timbal balik, semalam.