BERITA TERKINI   Peralihan sistem MyNIISe, MyBorderPass dan MyDigitalID kepada satu sistem tunggal di pintu masuk negara dijangka bermula tahun ini – Saifuddin Nasution | Kes libatkan pegawai tertinggi ATM: MINDEF tidak akan lindungi sesiapa, beri kerjasama penuh pastikan siasatan bebas, telus - Mohamed Khaled | Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 secara kolektif dan sukarela letak jawatan serta-merta hari ini - FAM | Usaha kembalikan wibawa, kepercayaan bangsa dan negara terhadap ATM jadi keutamaan terpenting Kerajaan MADANI - Mohamed Khaled  | MINDEF laksana pembaharuan tatacara dan tatakelola menerusi lima langkah utama bagi tutup ruang rasuah, salah guna kuasa - Mohamed Khaled | 

Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh kerugian di pasaran getah serantau dan penurunan dalam penanda aras harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent turun 3.4 peratus kepada US$63.27 setong.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas akibat perang perdagangan global yang semakin memanas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS)  yang lebih tinggi, mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan global.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh musim sejuk yang sedang berlangsung, mencetuskan gangguan terhadap bekalan getah asli (NR) di negara pengeluar utama selain ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US di tengah-tengah harapan untuk langkah-langkah rangsangan China,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga itu menjelaskan lagi, niaga hadapan getah Jepun merosot pada Isnin selepas tarif AS yang baharu mula berkuatkuasa, mencetuskan kebimbangan di kalangan peniaga mengenai perang perdagangan yang melebar dan gangguan dalam prospek permintaan global.

Beliau ketika memetik satu laporan memberitahu niaga hadapan getah global menutup minggu sebelum ini dengan lebih rendah, didorong oleh peningkatan kebimbangan terhadap kemelesetan global berikutan tarif Presiden Donald Trump.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 jatuh sebanyak 43 sen kepada 793.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 4.5 sen kepada 663.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA